Thursday, October 14, 2010

suatu kisah....seorang lelaki...

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


_kredit to Yunus Azman via FB.TQ_

Saturday, October 9, 2010

a year after...6 month after...

it's been 6 monts sejak aq x menulis blog ni...bnyk sbnrnya nk ckp..semua terbuku kat hati.. tp aq rase biar aq simpan kat hati jerk..seksa nye biar aq yg tau..
mybe aq tulis lerk sikit kot.. hmmm.. tp nk start dr mana aq pun xtau..

1) aq dh dpt kerja elok dr dulu...skrg aq hepi gak ngn kerja aq..alhamdulillah.. kwn2 pun best kat sana..tp syg nya..boss aq dah nk resign..lagi 1minggu ja la..huhu..apa la nasib aq pas ni..kena cr kerja len lagi la nmpknya..

2) aq dh beli kereta viva...nama keta aq FAFAU..berwarna midnite blue.. tu la satu-satunya harta dunia yg aq ade kat alam fana nie.. FAFAU tu gabungan nama beberapa insan yg wujud dlm kotak hati aq saat setahun yg lalu.. yg pasti FAFAU tu bukan FARAH FAUZANA...hoho..apa pun...FAFAU telah pun eksiden..dan mengalami calar2....ni suma gara2 gangster bodoh...aq sumpah gangster tu jdk katak kerna cederakn FAFAU aq yg terchenta..

3) aq sat kurus...sat gemuk...konon nk maintain, x jugak..tp skrg kurus..smlm..aq jumpa FA..dia ckp aq kurus bnyk..(of cuz la..sbb mkn hati..huhu )

4) aq jumpa kwn2 lama budak SKBL dulu2..dajh 13 tahun x jumpa wooo.. ok la.. masing2 ade nk khwn..nk tunang..nk beranak..haha..mcm2..

5) aq membuat keputusan untuk tidak menjejakkan kaki ke JAKARTA.. kerna masalah negara yg dialami..dan juga kerna aq telash menghiris perasaan Andre (ni kalu imah baca ayat nie..knfrm dia senyum puas...huh..)

6) aq ke konvo PIJA (best student), IMAH, WANY, Che MA, EIRA, TIQAH, TINIE, AS, FYZA, FIZAH, MUN,...best gak..tp x sempat tgk SHAD konvo tuk kali kedua nya..sory SHAD..kerja la isnin.. kwn2..aq dah kata aq tunaikn janji.. aq dah pi..janji dah di tunaikn..

7) aq masih x tau aq nk bertahan atau aq harus terus pergi..teruskan hidup.. aq masih x mampu nk tunai kn janji yg nie..

aq xtau nk update aq lagi.. :(

Wednesday, March 31, 2010

Nota Di LaUtaN sEpi


tengah best2 layan playlist kat dlm PC ni..tetiba aq terdengar lagu "nota di lautan sepi"..bila dengar balik kata-kata dlm lagu nie...mula la teringat kisah2 kenangan..antara kenangan yg plg aq ingat ade la masa time aq lepak2 ngn FA kat tepi pantai..

masa tuh..hari raya aidiladha..hari raya kedua kot..yup2..raye kedua..FA dtg raye umah.. time tu cuti seminggu camtuh..hbs tgk wayang, makan2..saja la lepak2 kat pantai..4 tahun x jumpa kot.. mcm2 crita kuar...

aq duk sbk mengkomplen kn diri betapa jauhnya andre taufik..di seberang laut sana..FA ckp..

"tulah..sapa suh cari jauh-jauh..yg dekat ade..x nk..."

dan aq pun membalas..

"sapa suh hilangkan diri 4 tahun lama nya...huhu"

dia pun balas balik..."mana org nk pi tau..awal2 xnk ckp"

salah aq jugak..hentam saja la....dan aq terus mengkomplem betapa rindunya aq kat org jauh..susah gak couple ngn org jauh....FA jwb lagi....dan yg plg aq ingat skali kata2 dia
"apasal x tulis satu nota..tulis nama, alamat, no phone..masuk dlm botol..baling jerk kat tgh laut nie..nnt smpi la kat pulau tuh, nnt ade la org baca..depa nnt kontek hanis..leh couple ngn org tu lak.."

ni ayat perli ke hapa aq pun kurang periksa..tapi pastu dia gelak2..kuang asam tul la..time tu ader gak rase cm nk belasah dier..

tapi tiba2 FA bersuara... "kita ni mcm nota di lautan sepi kn?"

dan aq amat terkesima dengar kata2 tuh...lalu aq & dia melepak ja kat tepi tuh..smbil tgh matahari terbenam...nostalgia betul...

aduyai..rindu la plak aq kat FA..bila nk balik lagi pun xtau la..semoga cepat sembuh...huhu..

"nostalgia mewarna awangan..percintaan ku makin mendalam..menghiasi ruang kesepian cinta abadi..bagai rimba cinta yg berbunga di sirami sungai kesaktian..kehadiran mu..ku nntkan..aq tenggelam di dlm syahdu bisa rindu mu..belum puas ku menyentuh hati mu.."

Monday, March 29, 2010

KhayaLan TinGkat TinGgi

khayalan ini..setinggi-tingginya..seindah-indahnya..tempat ku memikirkannya..bila ku dpt kusimpan wajahnya..menggengam indahnya..berpura memilikinya..yg ku nanti..saat memegang tangannya..smpai nnt, tetap memegang tangannya...~~

aq tengah serabut memikirkan jalan yg aq pilih..skrg aq ngh cari kerja baru..chaiyok2 tuk aq..tu yg sedang berangan2..khayalan tingkat tinggi..nk capai impain kena ader angan2 kn,..soooo, ni duk angan2 la nie....smbil duk cari kerja..huhu

lagi..aq sedang pikir-pikirkan tentyang andre..skrg ni dah aq bercuti tuk tanam anggur..dia duk sbk kerja..slalu leh ja FB dr ofis kt malaysia to ofic kat indonesia..24 jam jerk on9...ni mana nk ader masa lerk....

lagi..yg ni aq plg khuwatir..FA..mkn malas ke kerja..makin x chat..hadui..susah hati lak aq tgk dier....bila tnya napa x chat..ckp dier kena butan org...hmmm..nk kena selidik nie..bahaya kalu di biar melarat nie..poning dah..

moga kami di lindungi ALLAH selalu.............amin...

Saturday, March 27, 2010

OuTiNg bErsamA SHaDDEN & SYaFiaH

YAYAU...selamat tinggai..!!
shad sedang lena di kerusi urut...!!!
abg JONNY DEPP...i lap UUU>>

aq sebenaranya patut aupdate cerita ni pada minggu pas lagi...ter tapi aq x de masa kerna kerjaan yg sgt bnyak..dalam pada aq duk buat kerja yg sgt bnyk,aq mmg menanti kan kepulangan shabat baik aq iaitu..SHADDEN..~~nurshuhada mohemad ali..

setelah beberapa lama menjdk anak dagang,ustajah shadden teleh kembali ke PEnAnG sempena cuti skolah yg lalu..maka aq ngn bangga & konfiedn nya meng amik MC tanpa pengetahuan boss aq...hehe

maka aq ngn shad pun berjumpa di Queensbay..beria-ria nk jumpa aq pukul 12.30 tghhr konon..alih2..shad dah smpi kul 11.30 tgh hr..aq duk relax main FB..jdk..ok pun cipa cepat pi jumpa shad kat QB..smpi kat sana kami pun pusing2..

yg penting..mkn dulu..MCD k..hehehe..mkn jgn x mkn..walau konon2 nya aq nk diet la.. :P

pastu kami pi tgk ALICE IN THE WONDERLAND......dh la dpt sit depan..tapi x pe...jnji dapat tgk abg JONNY DEPP aq..hahahaha..kelaur dr tgk abg JONNY, tgk jam..alah baru pukul 3.30ptg..lmbt lagi nk jumpa PIAH..maka kami pun pi beli tiket tgk crita GREENZONE...hehehhe..ni crita Abg MATT DAMON tiket kul 3.50 ptg..

saat tuk beratuq pi beli tiket tuk crita GREENZONE..tgh aq duk gosip ngn shad pasal sorang mamat ensem yg duk beli tiket..beratuq sama ngn kami sorang bdk pompuan + Bf bdk tu la..smbil kami gosip gurl xoxoxo..tiba2 budak pompuan tu pun pusing dan berkata..."ampa ni kalu nk gosip, relax2 la..ckp depan2 kot..bg malu org penang.." maka aq ngn shad menjdk kaget..bukan kwn aq ni..bkn kwn shad pun nie..sapa kah budak pompuan ni???? biaq pi la kat dia..janji Bf dia ensem ja aq tgk..hehehe..opsss..~~

aq & shad pun masuk la panggung lagi tgk wyg..alih2 aq yg tgk wyng..shad tido..eh..apalah shad nie..hbs kuar tgk crita tu, kami menuju ke toilet..dan memuntah kan diri..sbb rase nk muntah sgt2 kerna mkn terlampau bnyk..& tgk smpi 2 crita non-stop..klau sok tgk lagi satu crita..kfrm kami pengsan dah dh tuh..hahaha..

pastuh..kami telah mencuba krusi urut kat QB..wat lega rase nye..smbil menunggu piah..pastuh, kami pun pi belepak di kapitan QB....maka berkumpul la kami bertiga..bercerita-ceriti..hehehe...dan yg plg penting, saat tuh, aq naik YAYAU..moto kesayangan SHAD tuk kali terakhirnya..huhu~~~

crita punya crita..tgk2 dah kul 8mlm...huihhhh..lama nya aq kuar berjalan...hehehehe..time to go back..

P.S : bila la dapt jumpa SHAD & PIAH lagi..???? rindunya kat hampa..huhu..